Friday, December 21, 2012

barakallahulakuma

Salam 

Pejam celik pejam celik dah hampir setahun hilang status sebagai student. Wah sangat rindukan saat itu! Serios rindu sangat nak p kelas dan buat presentation. Rindu nak gi dewan pekse jawab exam, rindu nak makan-makan ngan kengkawan, rindu nak outing sesame. Sumenye rindu dan yang paling aku rindu ialah time nak dpat result ha3...tu mmg saat2 yang selalu aku nantikan!
Tapi sekarang ni aku bukan nak citer pasal tu tapi nak cite pasal kengkawan aku yang sudah menyudahkan salah satu tuntutan agama dan juga sunnah rasullah iaitu supaya berkahwin.


Kepada yang sudah berkahwin xpecially Nazidah dan Mai mesti korang pon ade rase satu feel yang sangat-sangat tenang pabila bersama dengan suami semasa mengucup tangannya selepas akad. Kan..kan..kan..jangan tipu taw...he

comel betol jidang!
 walau pun kadang kala telatahnya membuatkan kami sume tertawa die tetap ada prinsip!

kadang-kadang tengok cam baby doll plak hee


yang ni pulak maisaratun

ni lah roomate aku selama 3tahun lebih!



comel dan cantikkan kan... =)



So di kesempatan ni aku nak ucap selamat pengantin baru kepada kengkawan aku iaitu "Nazidah" dan "Maisaratun" kerana sudah menemui pasangan hidup masing-masing. Tak sangka kan kita yang dulunya kawan baik kawen pon pada tahun yang sama. Hihi
Dan kepada member adam aku iaitu "Azizi" selamat berumahtangga ye...hee

“ingat ye jangan sia-siakan peluang yang telah diberi kepada kita”


Thursday, December 13, 2012

Melawat Melaka!


salam..

haa!kali ni aku nak citer pasal keunikan negeri Melaka. Ya, Melaka memang kaya dengan keindahan sejarahnya. so, disebabkan itulah aku dan suami bercadang nak melawat + honeymoon kat sana hahaha...macam ape jek...

kitorang gerak dari JB kul 11.00...dh kasi kereta minum n bagi angin so ade lah dalam kul 11.45 pagi kami gerak Dalam kul 1.15tgh kami sampai di ayer keroh...wahh!banyak syiok!

so, aktiviti pertama adalah nak pergi melawat ke Zoo Melaka. godek2 cari parking punye pasal plus jem agi...so kitorang parking je dekat area McD kat sebelah Taman Buaya. Cuaca yang agak panas time tuh...so aku suggest tuk g Taman Buaya je dulu...sebab kalau nak pergi Zoo kene seberang jalan...mak aii...jauh!

tiket masuk ke Taman Buaya adalah sebanyak RM 10.00 seorang tuk dewasa. nak tengok buaya pon kene bayo 10.00 fuhh! memang VIP sungguh ar...so masuk je ak trus melawat satu demi satu tempat.

tempat pertama korang akan jumpe monomun-monumen yang telah dibina...memang terbaik ar...sebab tak yah nak p melawat kt tempat asal die hahah....amek gambar puas-puas!
 
-->
terasa suamiku sasa!


then kitorang trus je meluru ke kawasan ynag mana ditempatkan berekor-ekor buaya dalam setiap kandang...memang gerun...tengok cam patung jek! tapi kenyataannya ia adalah buaya hidup! geli + takut....

selesai je tengok hampir kesemua sangkar buaya tuh, kitong trus melawat ke kawasan reptilia...ha..kat kawasan ni korang akan jumpe banyak jenis ular...tapi ynag paling aku tertarik adalah ular dari spesis Anakonda ni fuh!sangat geli n menyeramkan...tapi x leh tengok lame2 ular2 kat situ sebab sumenyer menggelikan bulu tengkok aku hu..
-->
dalam cermin tu anakonda


tu citer kat Taman Buaya...hajat kitorang nak ke Zoo melaka tidak kesampaian. nak tau sebab apa? haha...sebabnya tiket tuk masuk sorang rm 10.00 pastu kene cas agi kalau bawa camera huu...rm 10.00...so nak jimat punye pasal aku kata x yah lah sebab dah banyak binatang aku tengok kat Taman Buaya...jom g tempat lain hehe

tempat kedua adalah Kota A Famosa. kat cini memang susah giler nak carik parking, so korang kene pandai-pandai ar parking kat mane. kitorang decide parking kat mahkota parade je...biar mahal asalkan selamat da...sampai je dalam Mahkota Parade, kitorang terus cari surau tuk solat dulu...sebab nanti bolkeh jalan puas2...usai je solat around kul 2.30 gitu, kitorg trus je ke Kota A Famosa...sampai je trus ade brother tanye, "...adik nak nek beca tak?.."...apa lagi...mestilah nak kan.

-->
Beca Spongebob


best oo naik beca!tambang cuma rm 20.00 satu beca...berbaloi lah...nak pendekkan citer punye pasal, aku naik kota A Famosa->monumen kapal->menara TamingSari..

-->
Monumen Kapal

-->
Cenderahati Dari Melaka


malam tu kitorg makan kat Medan Ikan Bakar Sungai Duyong...wah memang terbaik!

sok pagi sempat  ag makan pagi +tengah hari kat klebang...sebab teringin sangat nak makan asam pedas Melaka...(walaupun sebenarnya asam pedas yang aku bikin kat umah tu memang dh asam pedas Melaka) saje je ngade2...

tahun depan suami cadang nak p Pulau Langkawi....moga ia menjadi kenyataan!hee...