Sunday, March 28, 2010

rindu itu sangat indah..


rindu itu sangat indah kalau kita pandai menghargai nikmat rindu yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita...tak kira lah rindu pada manusia atau rindu pada Maha Pencipta..rindu itu tetap indah..keindahannya dapat kite perolehi apabila perasaan itu datang dengan sendiri dari akal terus bawa ke hati dan akhirnya bawa ke seluruh pelusuk aura dalam badan si perindu...apabila perasaan rindu itu makin tebal ia akan bertukar kepada perasaan cinta...cinta adalah perasaan yang lahir selepas rindu yang mana seseorang itu telah menjumpai perkara atau objek yang dapat memenuhi kekosongan yang wujud dimana kekosongan itu dapat membuahkan benih kebahagiaan...jika perasaan rindu dan cinta ini datang dan si perindu tahu menghargai perasaan tersebut, maka akan berbuahlah benih-benih perasaan tersebut menjadi lebih bercaya dan berseri seperti kaca permata yang bersinar di kala sang matahari menyuluhnya.

No comments:

Post a Comment