Tuesday, November 20, 2012

Planning Lepas Kahwin

biasalah manusia........siapalah yang tak pernah terlintas dalam fikiran dan hatinya untuk membeli segala macam keinginan nafsu yang memberontak...nampak je baju cantik nak beli....kasut cantik nak...tudung cantik nak....makanan sedap nak......sume nak!sampaikan nampak je kereta keluaran terbaru pun nak juga beli...parah la wei.....

kehidupan selepas berkahwin ni telah banyak mengajar diri tentang erti berjimat cermat....walaupun gaji lumayan sedikit berbanding gaji sebelum ni (kerja sementara di pasaraya), sedikit sebanyak menimbulkan beribu erti keinsafan dan kesyukuran tentang pentingnya "future planning".....hahahah....suami yang banyak ajar tentang camne nak berjimat cermat demi mementingkan keperluan asas dan mengelakkan pembaziran....

cara nak planning selepas berkahwin........ ==>

listkan segala keperluan asas yang diperlukan untuk membina kehidupan baru....ingat ye..keperluan bukan kehendak ok!
      * kereta
      * rumah (tuk masa ni sewe je dulu rumah hee)
      * barang kelengkapan rumah seperti
                    #televisyen
                    #peti ais
                    #mesin basuh
                    #kelengkapan lain untuk bilik dan dapur
lepastu....listkan bayaran yang perlu di bayar setiap bulan
       * duit bulanan mak ayah
       * PTPTN
       * duit hutang kereta
       * duit simpanan yang wajib setiap bulan
       * duit sewa rumah
       * belanja bulanan
       * minyak kereta
       * belanja untuk jenjalan....ki3
       * bil api, air, telefon
pastu buat anggaran kos kasar untuk setiap bayaran contoh:

BIL
ITEM
ANGGARAN KASAR
1
Duit Bulanan Mak Ayah
400.00
2
Ptptn
300.00
3
Duit Hutang Kereta
600.00
4
Duit Simpanan Yang Wajib Setiap Bulan
400.00
5
Duit Sewa Rumah
400.00
6
Belanja Bulanan
400.00
7
Minyak Kereta
200.00
8
Belanja Untuk Jenjalan
150.00
9
Bil Api, Air, Telefon
200.00
Total :
3050.00
*nie tuk suami isteri ok....hehe

lepastu
tambahkan (gaji suami + gaji isteri ) - TOTAL = _____________

hah....yang nie lah balance untuk kecemasan....
yang balance tu kene simpan untuk beli barang kelengkapan rumah, stiap bulan perlu konsisten simpan at least RM1000.00. nanti bile dah ade rumah boleh lah beli barang-barang kelengkapan tanpa perlu menggaru kepala yang sememangnya kusut walaupun tiada rambut ha3.... so SeLaMat MenCuba !hehehe....

p/s: mari kita sam-sama memunasabah diri agar tidak leka dengan duniawi... ;)




No comments:

Post a Comment