Tuesday, February 5, 2013

Trimester 1

salam....

Rasanya sudah berminggu tidak berupdate blog usang nih. huu..bukan sengaja ye tapi bersebab. Keje sekolah pon bertimbun menunggu giliran untuk disiapkan walaupun sudah tertunggak. bermacam-macam hal lain turut tergendala buat seketika. Sabarlah wahai hati, semoga sentiasa tabah dengan ujianNya.

Alhamdulillah jumaat nie sudah genap 3 bulan kandungan. InsyaAllah semoga terus dipermudahkan hingga lahir. Dugaan demi dugaan ditempuh dengan bermacam-macam rasa. Walaupun mudah melihat ibu-ibu lain mudah membawa perut dari awal kelahiran hinggalah akhir sangat teruja. Namun dugaan diberi hanya kepada yang mampu. Ya..tiada insan yang akan diberi dugaan yang berat tanpa kemampuannya.

Dalam menghitung hari di trimester 1, sangat mengerunkan dengan dugaan dariNya. Hanya berkat kesabaran, ketabahan dan semangat yang diberikan oleh insan sekeliling memberi kekuatan hati walaupun kadang-kala kekuatan itu hilang buat seketika dan digantikan dengan perasaan putus asa.

Lemah tubuh badan menemani diri hari demi hari. Tenaga semakin berkurangan. kurangnya penambahan tenaga membuatkan diri terjerumus dalam nikmat sakit yang sukar di ungkap. Hanya air mata yang bisa menemani diri dikala suami tersayang jauh di sisi manakala ibu yang amat-amat memahami jua jauh dikala diri memerlukan. Terasa terlalu berat dugaan yang diberi...

Hari demi hari semakin bertambah bilangan dan jenis makan yang menjadi kebencian di tekak. Oh tidak...memang tidak boleh berbicara tentang ini. (muntah secara spontan bila terfikir akan perkara ini).

Dikala sakit menemani diri, hati jua meredah mencari hikmah dan persoalan yang timbul. Begitu payah seorang ibu dalam menunggu seorang zuriat yang bakal ditimangya selama 9 bulan. Sungguh besar pengorbanan ibu.

Alangkah kasihan jika anak yang dilahirkan itu tidak seperti yang diidamkan dalam batas perilakunya. Memang terasa perit jika difikirkan. Manakala, alangkah sejuknya perut ibu apabila nak yang dilahirkan itu dididik dengan penuh ajaran agama dan adab sopan terhadap insan sekeliling.

Hanya setakat ini yang mampu dikongsikan buat teman-teman. Semoga sedikit sebanayak memberi kita semua beribu keinsafan dan penghargaan terhadap ibu yang melahirkan kita. Doakan kesihatan kami dalam menjalani ujianNya.



No comments:

Post a Comment