Wednesday, May 8, 2013

checkup...

salam

kali ni rasa nak cerita pasal checkup hari isnin lepas..sangat mengujakan!suprise...hee
tiada kata-kata yang dapat diungkapkan apabila dapat melihat wajah khalifah kecil yang dahulunya hanya segumpal darah...hanya mampu mengalirkan air mata kegembiraan.alhamdulillah

walaupun lima bulan menanggung ujian yang diberikan, namun rintihan tersebut terubat apabila melihat wajahnya yang penuh dengan kecomelan..sungguh comel...terima kasih Allah

apabila perut digodek-godek dengan alat ultrasound,  mula terasa si comel sudah terjaga..hi3..."sori ye ibu kacau baby..ibu nak tengok baby.."

doktor terus menerus mengodek perut yang tak berapa besar lagi..at last, nampak muka si comel yang sedang menguap..."ee...baby ibu ni kuat beno tido nyer.."...tak tutup mulut plak tuh...ish2...

doktor kata perkembangan si comel alhamdulillah...hati rasa gembira kerana walaupun ibunya mengalami alahan yang teruk, namun tidak menjejaskan kesihatan dan perkembangan baby..
jari jemari sudah terbentuk..tulang kaki yang sangat aktif menendang pun mula kelihatan..."patutle ibu rasa nak terkucil je...rupanya kaki baby yang menendang pundi kencing ibu ye.."...doktor kata kepalanya masih di atas..tapi jangan risau, masih awal untuk ia berubah...

sekali lagi si comel ibu menguap...cian die...xpe2..jap g sambung tidur balik ek he..

yang paling kelakar baby ibu dah pandai tunjuk 'good' kat ibu ye...

papa kata..tak sabar tunggu baby kuar...papa windu sangat kat baby...


No comments:

Post a Comment