Saturday, July 6, 2013

Tersentap dengan kata-kata itu...

Hai lah badan..memang tak dinyatakan saya ni seorang yang sangat-sangat emo..hu...sikit-sikit nangis. Sampaikan bila nak hantar suami naik bas je mesti berjurai air mata menemani pipi yang comel ni huh..(macam budak kecik pun ada da)
Sape yang tak sayang suami..suami tinggalkan walau seminggu cukup menguji kekuatan diri untuk menempuh dugaan seorang diri di perantauan ini. Tambah-tambah lagi bila meniti hari untuk bakal menjadi ibu kepada bayi yang akan lahir tidak lama lagi.

Alkisahnya..malam tadi suami kol coz sudah menjadi kebiasaan setiap malam dia akan kol untuk melepaskan rindu masing-masing, dia cakap "abang tak jadi datang esok..sebab tak cukup bajet.."maklumlah hidup PJJ(perkahwinan jarak jauh ni memakan banyak belanja).So memang sudah memhami alasan itu..so tk de lah nak nangis sngat2 he..tpi tersentap bil di cakap.."kalau boleh abang nak datang setiap minggu masa bulan puasa ni.."huuu...sedih2...terus je berjurai air mata..namun esakn ditahan supaya tidak disedarinya hi3...

Sedih kot bila suami cakap gitu...pstu bila ditanya kenapa...dia jawab.."abang nak berbuka sama-sama dengan isteri abang dan baby..."lagi bertambah juraian tersebut di pipi...sungguh terharu dengan kata-kata suami walau riaknya jauh di mata..caringnya membuatkan diri terasa sangat bertuah dan disayangi..mane ade suami tak sayang bini kan hehe..

kalau ikutkan hati memang nak je drive kete p johor nun..tak rasa macam tak larat je perut ni..cian baby nak rehat..asyik terhentak je dah dua tiga minggu ni...biar die rehat plak..ibu tahu anak ibu sakit kat dalam..tak selesa bila naik kete jalan jauh..tu sebab anak ibu bergerak tak henti-henti..hu

Hidup berjauhan ini sebenarnya menambahkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri..memang bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman ini..tuk suamiku..sabar ye..tak lama lagi kita mungkin akan tinggal bersama..cuma belum masanya lagi..nanti susah pulak nak rasa perasaan rindu giler kat suami heh..

ni suami saya!

Terima kasih ya Allah kerana talah memberiku seorang suami yang sangat2 bertanggungjawab terhadap Mu, isteri dan keluarga..semoga ikatan ini akan terus disinari oleh keredhaanMu amen..


No comments:

Post a Comment