Wednesday, September 29, 2010

sakit itu satu kenikmatan..

yeke?mesti korg kate x kan..

sem nie aku diberi kenikmatan sakit yang berulang kali...yang paling teruk mase bulan puasa hari tu..sampi lembik badan aku...tapi kalau aku pikir balik...yang paling teruk adalah kesakitan masa dalam neraka nanti..lagi lah...xda orang yang akan tolong kita kat sana...

aku nie sebenarnye susah nak kene demam, tapi kalo dh demam memang teruk..dua bulan berturut-turut aku kene deman dan muntah-muntah+cirit birit..apa yang aku makan pun aku x taw...

tapi yang penting, bile kesakitan itu diberi kan kepada aku, baru aku sedar aku seharusnya memohon keampunan ke atas dosa-dosa yang telah aku lakukan.

kesimpulannya...janganlah korang tunggu korang sakit baru korang nak bertaubat...kalau sakit itu adalah kesakitan yang mengejut dan membawa kepada mati?cuba bayangkan...betapa ruginya korang...hidup kat dunia nie sekali...tuk kita lakukan amal ibadat..jangan setkan dalam hati dan minda tuk kita bertaubat dimasa hari tua...kerana, manusia mati bukan boleh ditunda-tunda...mane taw..tengah kita buat dosa, tetiba je kita sakit mengejut dan Allah cabut nyawa kita.

kekadang manusia itu alpa dengan kenikmatan sihat yang dipinjamkan oleh Allah..kita sebagai hambanya sepatutnya perlu bersyukur dan menghargai setiap pemberian yang dipinjamkanNya.

Allah beri kita nikmat sakit, kerana Allah sayangkan kita...
Allah beri kita nikmat sihat kerana Allah nak uji sejauh mana tahap keimanan kita kepadanya

dan....semua yang terjadi pada diri kita ini adalah satu nikmat hidup yang mana kita tidak boleh merekanya...sumua itu adalah satu titik kepada kejeyaan kita untuk menjadi muslimah atau muslimin yang bernaung dijalanNya

bersihkan dan ikhlaskan hati kita untuk setiap sesuatu itu...

" ya Allah ya rahman ya rahim...Kau berilah aku kekuatan dalam menghadapi cabaran dan dugaan dariMu..bantulah hamba Mu ini Ya Allah dan bimbinglah hambaMu ini ke jalanMu ...sesungguhnya Engkaulah yang Maha pemberi pertolongan."

" ya Allah...Kau bersihkanlah hati ku ini, bersihkanlah fikiranku ini...seperti sesucinya kain putih...berilah hambaMu ini cahaya keinsafan dalam diri ini...ampunilah dosa-dosa yang telah hambaMu ini lakukan"amen...

No comments:

Post a Comment