Friday, January 28, 2011

perkongsian-personaliti vs agama

salam

semoge diri kita semua dirahmati dan diberkati.......

mase mengemas tadi sempat jugaklah dengar dan intai siaran TV9 yang menyiarkan berkaitan gosip-gosip artis terkini...sama ada baik atau buruk tu kita tidak tahu tapi yang tahu hanyalah Allah SWT...kadang-kadang apa yang disampaikan hanya menjadi seperti aliran air...masuk telinga kanan, keluar telinga kiri...mana yang rasa leh ditelan, maka tertelanlah ia dalam hati nie...sehingga membolehkan ia disebut sebagai mengumpat jika disampaikan pada orang lain dengan keadaan ianya tidak benar.

kadang-kadang kita tidak sedar...hati ini umpama pohonan...apabila ditiup angin maka akan terikutlah ia dibawa oleh angin...jika ke kiri maka ke kirilah ia...dan sebaliknya...

setiap tindakan yang kita buat, perlu difikirkan terlebih dahulu...memang hati kita sentiasa menyokong setiap tindak tanduk kita yang bakal atau sudah lakukan...namun kadang kala ia perlu ditapis dengan nasihat dari yang pakar akan hal tersebut...

macamlah dalam satu drama tv yang baru2 nie telah ditarik balik daripada disiarkan di kaca televisyen...katenye de unsur2 tahyul dan macam2 lagi...tapi bagi pendapat saya, ia ditentang atas sebab penampilan para pelakonnya dalam drama bersiri tersebut...

personaliti dan penampilan seseorang tu mempengaruhi nilai diri dan iman individu tersebut. Oleh itu, janganlah kita membawa imej yang bertentangan dengan iman yang dibawa oleh hati kita ini. Walaupun cukup syarat menutup aurat, namun jika ia menyerupai pakaian bagi penganut agama lain, ia amat tidak dibolehkan kerana menyerupai penganut agama lain...ia akan mengelirukan individu yang menonton drama tersebut. Tambah-tambah lagi bagi kanak2 yang mana mereka sedang mengalami zaman bagi mencari identiti masing2...jangan kelirukan mereka...akal dan pemikiran mereka masih bersih untuk dicorak..

namun, dengan penarikan balik penayangan drama tersebut, hati ni sangat bersyukur...moga ia akan menjadi pengajaran kepada para pengarah filem untuk membuat filem2 dengan lebih berhati2 lagi agar menepati ciri2 sebenar disamping tidak mencacatkan mana2 personiliti dari segi agama...

No comments:

Post a Comment